SenHeng Memulakan Pra-Tempahan Untuk Sony Xperia Tablet Z (LTE) Pada Harga RM1999

SenHeng Memulakan Pra-Tempahan Untuk Sony Xperia Tablet Z (LTE) Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Sony Malaysia sebelum ini telah pun mengatakan mereka akan menawarkan Xperia Tablet Z untuk pasaran tempatan, dan kini nampaknya pihak SenHeng telah pun mula mengambil pra-tempahan untuknya.

Xperia Tablet Z

Xperia Tablet Z ditawarkan oleh mereka pada harga RM1999. Seperti biasa, ia dilengkapi dengan sokongan kalis air dan juga debu yang sedia sinonim dengan nama Sony.

Xperia Tablet Z membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8.1-megapixel, serta ruangan storan bersaiz 16GB. Tablet bersaiz 10.1-inci ini juga turut dilengkapi paparan HD, serta didatangkan dengan sokongan LTE.


TIPS & ULASAN