Apple Akan Tayangkan WWDC 2013 Secara Langsung Melalui Apple TV

Apple Akan Tayangkan WWDC 2013 Secara Langsung Melalui Apple TV

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Seperti pada acara iPad Mini tahun lepas, kini nampaknya pihak Apple telah pun menambah saluran khas untuk para pengguna menonton acara utama WWDC 2013 yang akan diadakan dalam beberapa jam lagi, terus melalui Apple TV.

AppleTV - WWDC 2013

Selain pada Apple TV, pengguna juga turut sama boleh memuat-turun aplikasi khas yang disediakan oleh Apple untuk pengguna iOS, sekaligus mengikuti perkembangan WWDC terus pada iPhone dan juga iPad.

Dan sekiranya mengikut gaya acara iPad Mini pada tahun lepas, maka mungkin kita akan turut sama melihat sebuah pautan khas hadir, membolehkan para pengguna Mac untuk menontonnya melalui pelayar web Safari.

Kemaskini : Pengguna Mac OS X juga turut sama boleh menontonnya terus melalui web menggunakan halaman khas yang disediakan oleh pihak Apple.


TIPS & ULASAN