Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Tablet Bersaiz 12-inci Tahun Ini

Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Tablet Bersaiz 12-inci Tahun Ini

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Samsung sedia menawarkan beberapa pilihan saiz tablet melalui keluarga Galaxy Tab 3yang diumumkan baru-baru ini, dan mengikut laporan baru, ia turut dikatakan gergasi dari Korea Selatan ini turut sama akan hadir dengan tablet bersaiz 12.2-inci pada suku ketiga 2013 ini.

Galaxy Tab 3 10.1

Tablet ini kelak dikatakan akan menyertakan paparan dengan resolusi 2560×1600 pixel, dan mungkin menggunakan teknologi paparan IGZO pada tablet tersebut. Sokongan S-Pen juga mungkin akan disertakan, dan sekiranya benar, maka akan dikategorikan dibawah keluarga Note.

Sebelum ini, Apple telah dikatakan akan turut hadir bersama-sama dengan tablet bersaiz sekitar 12-inci pada tahun hadapan, sementara pihak HTC yang dilaporkan menghentikan fokus mereka kepada tablet bersaiz 12-inci, dan akan hadir dengan tablet bersaiz kecil.

Apa pun, sekiranya pengeluar tablet hadir dengan tablet bersaiz 12-inci, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN