Penstrukturan Semula Maxis Memfokuskan Kepada Empat Bidang Utama

Penstrukturan Semula Maxis Memfokuskan Kepada Empat Bidang Utama

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Setelah perubahan pada pentadbiran, dan tidak diketahui lagi siapakah CEO baru untuk Maxis, kini syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia itu mengumumkan perubahan pada penstrukturan semula yang dibahagikan kepada empat bidang perniagaan utama.

Melalui fokus baru ini, Maxis membahagikan perniagaan mereka kepada Perusahaan, Pengguna, Jualan & Perkhidmatan, dan juga Perkhidmatan Digital.

Dengan fokus yang lebih baik ini, Maxis mensasarkan operasi syarikat tersebut akan lebih baik, sekaligus membawa kepada perkembangan sihat dalam syarikat tersebut.

Pada masa yang sama, ia sesuatu yang menarik untuk melihat fokus Maxis dalam bidang digital, apatah lagi dengan mereka sendiri menyediakan beberapa aplikasi, daripada perkhidmatan berasaskan awan – Loker, sehinggalah kepada aplikasi permesejan mereka – Toot! Messenger.


TIPS & ULASAN