HTC Bakal Memperkenalkan Butterfly S Di Taiwan Pada 19 Jun

HTC Bakal Memperkenalkan Butterfly S Di Taiwan Pada 19 Jun

Diterbitkan pada June 10, 2013 oleh .

Desas-desus mengenai HTC Butterfly S telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan kini nampaknya HTC Taiwan telah mula menghantar jemputan kepada media-media di Taiwan untuk pelancaran salah satu telefon pintar terbaru mereka – HTC Butterfly S.

Buat masa ini, apakah spesifikasi yang akan dibawakan oleh HTC Butterfly S masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, daripada pelbagai ura-ura sebelum ini, ia dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci dan turut menyertakan teknologi kamera HTC UltraPixel bersama-sama dengannya. Bateri berkapasiti lebih tinggi turut dijangka akan disertakan pada peranti berkenaan.

Selain daripada HTC Butterfly S, pihak HTC Taiwan juga bakal melancarkan HTC Desire 600 yang diperkenalkan oleh pihak HTC baru-baru ini.


TIPS & ULASAN