Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Xbox One sebelum ini, hari ini Microsoft sekali lagi mengambil pentas utama, dimana pada acara E3, pihak Microsoft kini mengumumkan Xbox 360 yang diberikan nafas baru.

Xbox 360 Baru

Secara kasarnya, boleh dikatakan ia direkabentuk dengan asas kepada rekabentuk Xbox One. Konsol ini dikatakan akan ditawarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini.

Ia tidak diketahui bilakah konsol Xbox 360 ini akan ditawarkan di Malaysia. Memandangkan Xbox 360 tidak pernah dilancarkan secara rasmi, maka tidak diketahui sama ada versi yang dikemaskini ini akan hadir ataupun sebaliknya.

Xbox 360

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd