Hari ini, Tim Cook memulakan acara WWDC dengan berkongsi beberapa statistik semasa berkaitan dengan produk mereka, dan salah satu perkara utama yang dikongsikan adalah berkaitan dengan angka aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna iOS.
Menurut Tim Cook, kini mereka mempunyai lebih daripada 900,000 aplikasi untuk iOS, dimana lebih 375,000 daripadanya dioptimasikan untuk pengguna iPad.
Menurut Tim Cook, sebanyak 93% daripada aplikasi mereka juga turut dimuat-turun setiap bulan, dan seperti semua sedia maklum, kini angka muat-turun pada AppStore telah pun melangkaui 50 bilion.