OS X Mavericks Turut Memfokuskan Kepada Penjimatan Penggunaan Tenaga

OS X Mavericks Turut Memfokuskan Kepada Penjimatan Penggunaan Tenaga

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Selain beberapa fungsi yang disertakan pada OS X Mavericks, pihak Apple juga mengatakan mereka memberikan fokus utama pada penggunaan bateri untuk MacBook apabila menjalankan sistem operasi tersebut.

OS X Mavericks

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Apple, melalui sistem operasi terbaru ini, penggunaan tenaga dioptimasikan berdasarkan kepada tugasan yang dilakukan pada komputer mereka, dan membolehkan penjimatan tenaga yang lebih banyak berbanding sebelumnya.

Selain itu, ia juga secara langsung membawakan peningkatan kepada prestasi penggunaan MacBook sendiri, sekaligus dikatakan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik kepada pengguna.


TIPS & ULASAN