Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan sistem operasi OS X Mavericks, salah satu perkara baru yang turut disertakan bersama-sama dengannya adalah sokongan notifikasi yang lebih baik, membolehkan pengguna untuk membalas sesuatu perkara terus melaluinya.

OS X Mavericks - Notifikasi

Pengguna bukan sahaja boleh membalas notifikasi berbentuk sosial, tetapi turut sama boleh melakukan perkara sama untuk emel, notifikasi aplikasi, malah turut menguruskan panggilan FaceTime menggunakannya.

Pada masa yang sama, sokongan notifikasi juga turut sama diintegrasikan pada skrin log masuk, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini ketika mereka memulakan dan menghidupkan komputer mereka.

OS X Mavericks - Notifikasi

OS X Mavericks - Notifikasi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd