Selain daripada aplikasi Apple Maps, pihak Apple juga turut mengumumkan sokongan aplikasi iBooks pada OS X. Dengan ini, ia sekaligus membolehkan pengguna mengakses koleksi buku digital mereka menggunakan komputer Mac dengan mudah.
Menurut Apple, segala perkara di sync antara peranti, maka ia memudahkan anda meneruskan pembacaan, sama ada daripada iPad ataupun pada OS X dengan mudah.
Aplikasi ini dijangka akan ditawarkan bersama-sama ketika pelancaran OS X Mavericks kelak.