Carian
Apple Pra-Lihat Akan Desktop Berspesifikasi Tinggi – Mac Pro
June 11, 2013 Aman

Selain mengumumkan sistem operasi perkomputeran mereka, OS X Mavericks, pihak Apple turut sama berkongsi mengenai salah satu produk mereka yang sedang dibangunkan, iaitu Mac Pro.

Mac Pro

Mac Pro

Mac Pro merupakan salah satu produk Apple yang termasuk dalam keluarga desktop. Melalui Mac Pro baru yang sedang dibangunkan, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Xeon generasi baru, dua GPU workstation, sokongan Thunderbolt 2, ruangan storan berasaskan PCIe Flash, dan juga memori ECC.

Seperti biasa, ia ditujukan kepada para pengguna professional, yang mana kebanyakkan terlibat dalam arena industri animasi dan penyuntingan video.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan Apple mengatakan ia akan ditawarkan dalam beberapa bulan lagi.

Komen