Mengambil pentas utama E3 hari ini, Microsoft selain berkongsi mengenai Xbox 360 yang baru, mereka juga turut sama mengumumkan Xbox One akan dipasarkan oleh mereka bermula bulan November kelak pada harga $499 (~RM1560).
Walaubagaimanapun, seperti biasa ia tidak diketahui akan dilancarkan di Malaysia ataupun tidak, dan sekiranya ya, akan hadir tahun ini ataupun hanya akan dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.
Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak Microsoft berkongsi beberapa permainan yang akan hadir ke Xbox One, termasuk Dead Rising 3, Forza Motorsport 5 dan juga Ryse : Son of Rome.