Carian
MacBook Air Baru Diumumkan Dengan Masa Bertahan Bateri Lebih Lama
June 11, 2013 Aman

Pada WWDC 2013, selain Mac Pro, pihak Apple turut sama memperkenalkan MacBook Air baru, yang mana dijana menggunakan cip pemprosesan baru, serta didatangkan dengan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya.

MacBook Air - WWDC 2013

Seperti biasa, ia didatangkan dalam variasi 11-inci dan juga 13-inci, selain turut dilengkapi dengan sokongan grafik Intel HD Graphics 5000. Apple turut sama menyertakan sokongan WiFI 802.11ac dan juga ruangan storan berasaskan flash.

Menurut Apple, versi 13-inci akan menawarkan masa penggunaan selama 12-jam, sementara versi 11-inci menawarkan masa penggunaan sehingga 9 jam.

Produk baru ini telah pun disenaraikan di Apple Store Malaysia, dimana versi 11-inci ditawarkan pada harga bermula RM2999, manakala versi 13-inci ditawarkan pada harga bermula RM3299.

MacBook Air - Apple Store Malaysia

Komen