Bercakap mengenai statistik, selain pengumuman berkenaan dengan angka aplikasi, Tim Cook juga turut berkongsi mengenai angka peranti iOS yang telah terjual setakat ini, yang berjumlah melangkaui 600 juta peranti seluruh dunia.
Disamping mengumumkan angka jualan, Tim Cook juga turut mengambil-masa dalam mengatakan peranti iOS lebih digemari oleh para pengguna berbanding Android, disamping pada masa yang sama menjana lebih pendapatan untuk para pembangun.
Tim Cook turut menyentuh salah satu kelemahan pada Android, dimana kemaskini untuknya yang tidak selari, menyukarkan para pembangun mengoptimasikan aplikasi untuk peranti, berbanding iOS yang mana kebanyakkan perantinya menggunakan versi yang sama.