Apple Mengumumkan Aplikasi iWork Berasaskan Pelayar Web

Apple Mengumumkan Aplikasi iWork Berasaskan Pelayar Web

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Google dan Microsoft masing-masing menawarkan aplikasi pejabat mereka untuk diakses melalui pelayar web. Hari ini, pihak Apple turut sama mengumumkan perkara lebih kurang sama, dimana iWork for iCloud diumumkan.

iWork for iCloud

Seperti pada namanya, ia menggunakan perkhidmatan iCloud, dan menawarkan akses ke iWork untuk digunakan pada pelayar web. Memandangkan ia menggunakan pelayar web, maka pengguna boleh mengaksesnya menggunakan Mac dan PC dari mana-mana, dan menyunting dokumen mereka dengan mudah dan pantas.

iWork for iCloud

Buat masa ini, ia ditawarkan dalam bentuk beta untuk pengguna yang terhad, dan akan dibuka kepada semua kelak pada tahun ini.


TIPS & ULASAN