Minggu lepas, Microsoft telah berkongsi perancangan untuk memperkenalkan Halo : Spartan Assault untuk PC dan juga telefon Windows Phone. Hari ini, pada E3, pihak Microsoft turut berkongsi perancangan mereka berkenaan permainan generasi akan datang mereka – Halo 5.
Halo 5 akan hadir ke Xbox One, dimana seperti biasa akan memfokuskan kepada penambah-baikkan grafik dan cara permainan. Permainan ini juga akan menggunakan paparan permainan pada kadar 60fps, disamping turut menggunakan sokongan perkomputeran awan yang dibawakan oleh Xbox One.
Permainan ini dijangka akan dilancarkan untuk para pengguna Xbox One pada tahun hadapan – 2014.