Cari @ Amanz

Selepas hanya menawarkan sebuah video teaser ringkas sahaja sebelum ini, hari ini pada acara E3, pihak Electronic Arts memperlihatkan video permainan untuk Need for Speed Rivals, yang akan dilancarkan untuk pelbagai platform pada penghujung tahun ini.

Seperti semua sedia maklum, Need for Speed Rivals membawakan permainan di dunia terbuka, membolehkan para pemain memilih watak pelumba jalanan ataupun polis.

Permainan ini bakal ditawarkan untuk PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360 dan juga Xbox One. EA turut mengatakan yang mana permainan ini sedang dibangunkan oleh studio Ghost Games.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd