EA Hadir Dengan Video Permainan FIFA 14 Pada Konsol Generasi Baru

EA Hadir Dengan Video Permainan FIFA 14 Pada Konsol Generasi Baru

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Mungkin semua sedia maklum mengenai permainan FIFA 14 yang aka hadir pada tahun ini untuk pelbagai platform. Bersempena dengan E3, pihak EA Sports turut sama berkongsi sebuah video baru memfokuskan kepada konsol Xbox One dan juga PS4.

Seperti biasa, ia memfokuskan kepada permainan yang lebih realistik, disamping turut dijana menggunakan teknologi enjin Ignite untuknya.

Salah satu perkara yang diberikan perhatian adalah pergerakan yang tepat, membolehkan momentum dikekalkan walaupun watak dikawal ke arah lain dan sebagainya. Ia juga membolehkan pemain menghampiri bola dengan kaedah yang lebih baik berbanding versi-versi sebelumnya.

FIFA 14 akan hadir ke PC, PS3 dan juga Xbox 360 pada bulan September ini, manakala untuk konsol generasi baru, ia akan hadir sekitar penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN