Selain beberapa permainan yang diumumkan oleh pihak EA, salah satunya yang terbaru adalah permainan daripada DICE yang dibangunkan menggunakan enjin Frostbite, iaitu Star Wars Battlefront.
Pada acara E3, pihak EA sekadar berkongsi mereka sedang membangunkannya, dan mereka mengatakan akan berkongsi lebih lanjut berkaitan dengan permainan ini tidak lama lagi.
Jadi, bolehkah pihak EA menjayakan kembali permainan Star Wars ini?