Selain beberapa penerbit permainan yang berkongsi perancangan untuk membawa permainan mereka ke konsol Xbox One, pihak Konami turut sama tidak ketinggalan, dan memperlihatkan permainan terbaru mereka, Metal Gear Solid V : The Phantom Pain.
Permainan baru ini akan menerapkan ciri-ciri permainan dunia-terbuka, disamping turut dikatakan membawakan cuaca masa-nyata, serta pelbagai pilihan kenderaan untuk bergerak.
Selain daripada Xbox One, permainan ini juga akan hadir untuk beberapa konsol yang lain.