Lanjutan daripada pengenalan iOS 7, kini pihak Apple juga turut sama telah mula memperkenalkannya kepada para pembangun, membolehkan mereka memuat-turun versi beta untuk platform operasi tersebut, dan mengoptimasikan aplikasi mereka untuknya.
Buat masa ini, versi beta hanya disokong untuk iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4 dan juga iPod generasi ke-lima. Sokongan iPad dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.
Bagi para pembangun Apple, anda boleh mengakses laman Apple Developer hari ini, dan mula memuat-turun iOS 7 Beta untuk peranti anda, dan mencuba pelbagai perubahan yang dibawakan oleh Apple hari ini.