Cari @ Amanz

Selain beberapa permainan yang diperlihatkan pada E3 hari ini, pihak Sony turut sama mengambil pentas utama E3, dan memperlihatkan rekabentuk PlayStation 4 yang dinantikan ramai peminat seluruh dunia.

Sony PlayStation 4

Seperti semua sedia maklum, beberapa perkara telah dikongsikan pihak Sony pada acara bulan Februari yang lepas. Namun, konsol tidak diperlihatkan, dan Sony hanya menunjukkan alat-kawalan mereka sahaja.

Konsol generasi baru yang telah dibangunkan sejak sembilan tahun lepas ini membawakan rekaan yang serba baru bersama-sama dengannya. Sony juga menjanjikan beberapa kandungan khas untuk PlayStation 4, namun seperti biasa ia tidak diketahui lagi bagaimanakah dengan para pengguna di Malaysia.

Seperti dapat lihat, rekaan konsol ini membawakan warna hitam keseluruhannya, dengan sebahagian lajur berwarna biru pada bahagian tengahnya. Konsol ini akan dijual pada harga sekitar $399 (~RM1245) dan ditawarkan pada penghujung tahun kelak.

Sony PS4

PlayStation 4

PlayStation 4

Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan rekaan konsol baru daripada Sony ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd