Nokia Asha 501 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM299

Nokia Asha 501 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM299

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Nokia Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan salah satu telefon bimbit terkini, iaitu Nokia Asha 501. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 3-inci, dan dilengkapi dengan kamera 3.2-megapixel pada bahagian belakang.

Nokia Asha 501 Malaysia

Untuk makluman, telefon ini dijana menggunakan platform Asha, dan membawakan rekabentuk yang menarik dan sinonim dengan rekabentuk Nokia.

Seperti kebanyakkan platform telefon masa kini, Nokia Asha 501 turut sama didatangkan dengan bersama-sama beberapa aplikasi utama, termasuk Facebook, Twitter, aplikasi muzik dan sebagainya. Pengguna juga turut sama boleh memuat-turun pelbagai jenis aplikasi tambahan daripada Nokia Store, selain lebih 40 permainan yang ditawarkan secara percuma untuk para pengguna.

Nokia Asha 501 Malaysia

Nokia Asha 501 juga turut dioptimasikan untuk penjimatan data, dimana setiap web di compress melalui penggunaan teknologi Nokia, sekaligus menjimatkan penggunaan data para pengguna. Nokia juga mengatakan bateri Asha 501 bertahan sehingga 48 hari lamanya.

Untuk pasaran Malaysia, Nokia Asha 501 versi dwi-SIM ditawarkan pada harga RM299 dan akan ditawarkan bermula penghujung Jun ini. Ia akan ditawarkan dalam warna merah, kuning dan juga hitam.


TIPS & ULASAN