Nokia Asha 210 Akan Ditawarkan Bermula Penghujung Jun – Berharga RM219

Nokia Asha 210 Akan Ditawarkan Bermula Penghujung Jun – Berharga RM219

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Selain daripada pengenalan Nokia Asha 501, pihak Nokia Malaysia juga turut berkongsi mengenai telefon Nokia Asha 210 yang membawakan papan kekunci QWERTY serta dijana menggunakan platform Asha. Peranti ini turut sama akan ditawarkan bermula penghujung Jun ini, dan berharga RM219 untuk pasaran Malaysia.

Nokia Asha 210 Malaysia

Nokia Asha 210 membawakan skrin bersaiz 2.4-inci, dan turut dilengkapi dengan sokongan mikro-SD, serta kamera 2-megapixel padanya. Menariknya pada Nokia Asha 210 adalah sokongan sebuah butang khas untuk mengakses WhatsApp dengan pantas.

Ketika pengenalan di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna kuning, hitam, putih, biru dan juga magenta.


TIPS & ULASAN