Blizzard Bekerjasama Dengan MOL Untuk Memudahkan Pembayaran Dalam Permainan

Blizzard Bekerjasama Dengan MOL Untuk Memudahkan Pembayaran Dalam Permainan

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Blizzard - MOLBagi para pemain seluruh dunia, mungkin sedia mengenali akan Blizzard, pembangun disebalik beberapa permainan popular seperti StarCraft, Diablo, dan Warcraft. Hari ini, mereka mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat tempatan, iaitu MOL AccessPortal.

Dengan kerjasama ini, ia akan membolehkan para pengguna di Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina untuk membuat pembelian permainan online, produk dan juga perkhidmatan di Battle.net menggunakan MOLPoints.

Perkara ini juga sekaligus akan menguntungkan para pengguna tempatan dalam melakukan transaksi yang lebih mudah berbanding sebelum ini.

MOL juga pada tahun ini turut sama memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka, termasuk paling baru pengambil-alihan salah satu perkhidmatan di Vietnam.


TIPS & ULASAN