Cari @ Amanz

Dengan menggunakan enjin Chromium, pihak Opera telah mengasingkan sokongan Mail mereka melalui sebuah aplikasi khas dinamakan Opera Mail. Setelah melalui fasa ujian sebelum ini, hari ini pihak Opera secara rasmi melancarkannya untuk pengguna Windows.

Opera Mail

Opera Mail, seperti pada namanya, merupakan salah satu aplikasi untuk pengurusan emel di desktop. Sebelum ini, ia didatangkan terbina pada pelayar web Opera, dan kini ditawarkan secara berasingan.

Opera juga mengatakan Opera Mail lebih ringan, sekaligus memudahkan pengguna menguruskan emel dengan lebih efisyen, disamping melabelkannya dengan mudah untuk diakses dan dicari pada kemudian hari.

Bagi para pengguna Windows yang berminat, anda boleh memuat-turun versi stabil pertama Opera Mail, dan mula menggunakannya dalam pengurusan emel pada desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd