Final Fantasy 15 Akan Hadir Untuk PlayStation 4

Final Fantasy 15 Akan Hadir Untuk PlayStation 4

Diterbitkan pada June 11, 2013 oleh .

Final FantasySalah satu permainan yang yang popular diseluruh dunia adalah Final Fantasy, dan hari ini, pada E3, Square Enix mengesahkan mereka sedang membangunkan permainan terbaru mereka, Final Fantasy 15, dan akan hadir untuk PlayStation 4.

Selain PlayStation 4, permainan tersebut juga dikatakan akan ditawarkan untuk para pengguna PlayStation 3 kelak. Ia diperkatakan permainan ini dijana menggunakan enjin Luminous, dan sebelum ini dikenali sebagai Final Fantasy Versus XIII.

Buat masa ini, tiada info penuh berkaitan dengannya diketahui, dan pihak Square Enix mengatakan mereka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan tersebut dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN