Cari @ Amanz

Dengan pengumuman berkaitan Xbox One, semestinya ramai yang menantikan konsol tersebut dilancarkan di rantau ini. Namun, agak mendukacitakan apabila kini WSJ melaporkan pihak Microsoft mungkin akan menangguhkan pelancaran konsol tersebut di Asia untuk hampir setahun.

Xbox One

Daripada apa yang dilaporkan oleh WSJ, ia dikatakan Microsoft akan memperkenalkannya secara berperingkat, dan antara negara yang mungkin akan menerimanya terlebih dahulu adalah Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan juga India.

Penangguhan pelancaran ini dikatakan berkait dengan Kinect baru, disamping ingin menawarkan lebih banyak kandungan yang dioptimasikan untuk pengguna Asia.

Perkara ini mungkin tidak digemari ramai pengguna tempatan, apatah lagi dengan Xbox 360 sendiri tidak ditawarkan secara rasmi oleh Microsoft di Malaysia.

Walaubagaimanapun, perkara ini juga sekaligus akan menawarkan pihak Sony untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia, disamping para penjual yang mungkin akan membawa set dari Singapura dan menawarkannya di Malaysia.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Xbox One di rantau ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd