Cari @ Amanz

Pada Computex 2013 yang lepas, pihak Western Digital telah memperkenalkan salah satu cakera keras ternipis dengan ruangan storan sebesar 1TB. Kini, selang seminggu, ia ditawarkan untuk pengguna tempatan pada harga RM449.

WD Blue 7mm

Dikenali dengan nama WD Blue, ia membawakan beberapa ciri-ciri seperti tahan gegaran, senyap, dan serasi dengan pelbagai platform. Dari segi saiz, WD Blue ini bersaiz sekitar 2.5-inci, sekaligus membawakan rekaan yang amat nipis pada hari ini.

WD Blue juga akan ditawarkan bersama-sama beberapa komputer daripada Acer dan juga Asus, disamping para pengguna tempatan boleh mendapatkannya secara berasingan daripada para pengedar tempatan bermula minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd