Google Mengumumkan Pengambil-Alihan Waze

Diterbitkan pada Jun 11, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google - WazeSeperti beberapa laporan sebelum ini, hari ini Google secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan perkhidmatan Waze, sekaligus akan memberikan kesan positif ke atas pembangunan Google Maps.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Google, mereka akan mengekalkan operasi Waze secara berasingan buat masa ini. Namun, mereka berkongsi, akan menambah baik Google Maps dengan beberapa fungsi trafik daripada Waze, sementara Waze pula akan mendapat sokongan carian Google.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak. Mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan sekitar $1.3 bilion (~RM4 bilion).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami