Selain mengumumkan beberapa permainan Mario, pihak Nintendo juga turut berkongsi mengenai permainan Super Smash Bros yang akan menyertakan watak permainan popular – Mega Man, sebagai watak tambahan dalam permainan tersebut.
Seperti biasa, watak-watak lain yang disertakan dalam permainan Super Smash Bros ini adalah termasuk watak popular dari Nintendo, iaitu Mario, Pikachu, Donkey Kong, Kirby dan beberapa yang lain. Penambahan watak MegaMan pada permainan ini terus menjadikan permainan ini lebih menarik dan dinantikan ramai peminat seluruh dunia.
Permainan Super Smash Bros ini akan ditawarkan kepada para pemain dan pengguna Nintendo 3DS dan juga Wii U pada tahun hadapan.