Cari @ Amanz

Selain pelbagai permainan yang diumumkan untuk konsol PlayStation dan juga Xbox, pihak Gameloft tidak ingin ketinggalan, dimana mereka melalui laman blog rasmi, mengumumkan beberapa permainan, dan salah satunya adalah Asphalt 8 : Airborne.

Asphalt 8 Airborne

Asphalt 8 akan membawakan permainan berbentuk perlumbaan kereta di pelbagai lokasi. Pihak Gameloft menyertakan 8 peta baru bersama-sama permainan ini. Pada masa yang sama, kini persekitaran turut memberikan impak kepada sesuatu perlumbaan, seperti hujan, salji, debu dan sebagainya.

Seperti biasa, ia juga turut sama akan membawakan sokongan multiplayer, membolehkan para pengguna bersaing dengan rakan-rakan mereka dalam beberapa mod permainan.

Asphalt 8 Airborne

Menariknya, pihak Gameloft turut sama berkongsi harga permainan ini akan hanya berharga $0.99, sekaligus membolehkan lebih ramai memilikinya pada peranti mudah-alih mereka. Tarikh pelancaran rasmi permainan ini masih tidak diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd