Carian
Lazada Bakal Hadir Dengan Laman Berbahasa Malaysia Menjelang Ogos
June 12, 2013 Aman

Bagi para pengguna tempatan, mungkin sedia mengenali akan salah satu laman jual-beli popular tempatan, Lazada. Sehingga kini, ia sekadar menawarkan laman mereka dalam bahasa Inggeris, dan kini dikongsikan, laman mereka turut sama akan hadir dalam bahasa Malaysia tidak lama lagi.

Berkemungkinan semua fungsi akan kekal sama dengan versi sedia ada, dan hanya dari segi bahasa, memudahkan lagi para pengguna tempatan dalam melakukan pembelian pada laman tersebut.

Sebelum ini, pihak Lazada pernah mengatakan mereka mempunyai pegangan pasaran sekitar hanya 2%, dan mereka mensasarkan untuk meningkatkanya sehingga 5% menjelang penghujung tahun ini.

Komen