Carian
Parlimen Ke-13 Akan Menerapkan Sistem Bebas Kertas
June 12, 2013 Aman

ParlimenDengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, kini ia diumumkan Parlimen akan memperkenalkan e-Risalat dalam semua urusan mesyuarat mulai penggal parlimen ini, sekaligus menerapkan sistem bebas kertas melaluinya.

Daripada apa yang dikongsikan oleh Bernama, ia dikatakan semua penyata rasmi mesyuarat, risalat, Laporan Tahunan Badan-Badan Berkanun dan sebagainya akan diedarkan kepada semua anggota parlimen dalam bentuk cakera padat (CD) dan pada masa yang sama boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi Parlimen.

Perkara ini dikatakan akan diuji terlebih dahulu, sebelum diimplementasikan sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui adakah ia akan berkesan sepenuhnya ataupun tidak, apatah lagi kebanyakan komputer keluaran terbaru tidak didatangkan dengan slot CD.

Mungkinkah sistem e-Risalat perlu diubah kepada bentuk penggunaan storan awan sepenuhnya, ataupun melalui penggunaan storan USB?

Komen