Cari @ Amanz

AMD UnlockedBeberapa ura-ura hadir sebelum ini mengatakan AMD akan hadir dengan cip pemprosesan yang membawakan kepantasan perkomputeran sehingga 5GHz. Kini, ia disahkan, dan akan dikenali sebagai FX-9590.

Daripada apa yang dikongsikan, cip pemprosesan ini dikatakan akan menyertakan lapan teras, dan dibina berasaskan rekabentuk Piledriver. Menurut AMD, pemprosesan baru ini tidak akan “dikunci”, membolehkan para pengemar overclock untuk menggunakannya pada kelajuan yang lebih tinggi.

Selain daripada AMD FX-9590 ini, pihak AMD juga turut sama mengumumkan FX-9370 yang membawakan kuasa pemprosesan pada kelajuan 4.7GHz. Teknologi AMD Turbo Core 3.0 juga disertakan bersama-sama kedua-dua cip pemprosesan ini.

Cip pemprosesan yang agak sesuai untuk kegunaan multimedia ini dijangka akan disertakan bersama-sama beberapa komputer baru dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd