Cari @ Amanz

Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi Vine mereka untuk pengguna Android. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi sama akan hadir untuk pengguna Windows Phone. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pembangun Windows Phone sendiri hadir dengan alternatif untuknya.

6Sec

Salah satu aplikasi yang sedang dalam proses pembangunan adlaah 6Sec, dimana ia memfokuskan kepada kebolehan untuk melihat timeline Vine, meninggalkan komen pada video, dan termasuk sokongan untuk memuat-naik video menggunakannya.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan pembangunnya dijangka akan melancarkannya kepada umum tidak lama lagi.

Apa yang menariknya adalah kita dapat lihat trend para pembangun mengambil peluang untuk membangunkan aplikasi alternatif tersendiri dalam usaha membolehkan pengguna Windows Phone menikmati fungsi-fungsi yang turut didapati pada beberapa platform lain. Sebelum ini, salah satu aplikasi yang kita lihat menjadi popular dengan pantas adalah Instance, yang menawarkan kebolehan memuat-naik gambar ke Instagram.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd