Dengan pelbagai pengeluar mula menawarkan komputer riba baru ke pasaran tempatan, Toshiba turut sama tidak ketinggalan, dimana mereka kini telah pun mengumumkan beberapa siri komputer riba baru yang akan hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat.
Dua siri utama yang diumumkan adalah Toshiba Satellite P-series dan juga Toshiba Satellite L-series.
Toshiba Satellite P-series merupakan komputer riba berasaskan Windows 8, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-4. Toshiba Satellite P50/50t turut sama dilengkapi dengan paparan HD penuh pada skrin bersaiz 15.6-inci. Ia turut dilengkapi dengan sistem audio Harman Kardon Stereo bersama-sama dengannya.
Toshiba Satellite L-series pula memfokuskan kepada perkomputeran pada harga bajet, dan didatangkan dalam dua variasi, L40 dan juga L50, dimana kedua-duanya dijana menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ketiga dan sistem operasi Windows 8.
Tidak ketinggalan adalah dimana pihak Toshiba turut mengumumkan Toshiba Satellite S40t dan juga Toshiba Portege Z10t yang turut akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Dan untuk para pengemar gaming, pihak Toshiba turut sama menyediakan Toshiba Qosmio X70 yang dilengkapi cip pemprosesan Intel generasi ke-4, NVIDIA GeForce GTX 770M, dan memori sehingga 32GB RAM.
Pihak Toshiba sekadar berkongsi akan yang mana peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan bermula bulan ini hingga ke penghujung Julai kelak secara berperingkat. Harga jualan untuk setiap satunya masih tidak dikongsikan oleh pihak Toshiba buat masa ini.