Samsung Galaxy S4 Zoom Diumumkan Secara Rasmi – Dengan Kamera 16-Megapixel

Samsung Galaxy S4 Zoom Diumumkan Secara Rasmi – Dengan Kamera 16-Megapixel

Diterbitkan pada June 12, 2013 oleh .

Samsung sejak beberapa minggu lepas telah mula mengumumkan satu variasi Galaxy S4 untuk setiap minggu, dan selepas pengumuman S4 Mini & S4 Active, hari ini mereka mengumumkan Galaxy S4 Zoom secara rasmi.

Samsung Galaxy S4 Zoom

Samsung Galaxy S4 Zoom adalah peranti mereka yang memfokuskan kepada kamera, menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD Super AMOLED, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dan juga memori sebanyak 1.5GB RAM. Dari segi lensa kamera, ia membawakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x bersama-sama dengannya. Ia turut didatangkan dengan sokongan Xenon Flash.

Galaxy S4 Zoom

Dari segi sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dengan antaramuka TouchWiz yang membawakan beberapa sokongan tambahan kepada bahagian kamera. Harga jualannya dan bilakah tarikh ia akan dilancarkan di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN