Carian
Aplikasi iOS Feedly Kini Dijana Oleh Feedly Cloud
June 12, 2013 Aman

Dengan perkhidmatan Google Reader yang akan dimatikan pada penghujung bulan ini, salah satu perkhidmatan alternatif untuknya, iaitu Feedly mula mengambil langkah seterusnya dengan berpindah ke pelayannya tersendiri.

Feedly Cloud

Melalui kemaskini aplikasi iOS mereka yang dikeluarakan hari ini, ia menyatakan Feedly kini dijana oleh Feedly Cloud, dan bukannya bergantung kepada Google Reader lagi. Menggunakan Feedly Cloud, ia akan terus membolehkan para pengguna Feedly memantau apakah senarai artikel RSS yang telah dibaca, dan apakah yang belum lagi.

Selain daripada itu, beberapa perkhidmatan juga telah menyatakan sokongan untuk Feedly, termasuk antaranya Reeder, Press, Nextgen Reader, dan beberapa yang lain.

Bagi para pengguna yang inginkan sebuah perkhidmatan alternatif, mungkin boleh menyemak Feedly hari ini. Dan sekiranya anda mempunyai sebarang perkhidmatan lain yang menarik, jangan lupa untuk berkongsi dengan kami.

Komen