Cari @ Amanz

8Smoker Pro Memudahkan Anda Mengoptimasikan Sistem Windows 8 Anda

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat pelbagai perisian yang menawarkan kebolehan untuk tweak sistem operasi Windows anda, dan salah satu perisian baru yang hadir khusus untuk sistem operasi Windows 8 adalah 8Smoker Pro.

8Smoker Pro

Menggunakan 8Smoker Pro, para pengguna boleh mengoptimasikan sistem operasi mereka mengikut pelbagai pilihan. Beberapa kategori disediakan pada bahagian kanan, disamping ia turut memperlihatkan prestasi sistem semasa pada bahagian kiri.

Menggunakannya juga, para pengguna boleh mematikan beberapa perkara yang tidak diminati, dan setiap perubahan disimpan pada Registry. Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, mungkin pengguna boleh membuat salinan pendua untuk Registry ketika memulakan perisian ini.

Salah satu kebolehan menarik yang turut disertakan adalah sokongan DriveFreeze yang mematikan sebarang cakera optikal yang dihubungkan ke komputer anda, selain sokongan Explorer Tweaks yang membolehkan anda mengoptimasikan tetingkap pada bahagian desktop komputer anda.

Perisian ini didatangkan dengan beberapa toolbar tambahan, dimana pastikan anda memberikan perhatian ketika proses pemasangannya.
Muat-Turun 8Smoker Pro

Komen ()