Pada awal tahun ini, pihak MySpace telah memperkenalkan paparan baru MySpace dalam bentuk beta. Hari ini, mereka melancarkannya secara rasmi kepada semua, selain pada masa yang sama memperkenalkan aplikasi iPhone dengan beberapa kemaskini.
Seperti semua sedia maklum, MySpace baru memfokuskan sepenuhnya kepada muzik, membolehkan pengguna bukan sahaja mengikuti perkembangan artis-artis mahupun rakan-rakan mereka, tetapi pada masa yang sama mendengar lagu ketika melayarinya.
Melalui aplikasi iOS mereka, ia turut sama hadir dengan rekabentuk yang memfokuskan gambar, dimana salah satu fungsi menarik padanya, membolehkan pengguna dengan mudah menghasilkan gambar berbentuk GIF menggunakan peranti mereka, dan berkongsi dengan lain.
MySpace boleh dikatakan semakin lama mengalami penurunan angka penggunanya. Walau apa pun, bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi iPhone MySpace, ataupun melayari laman MySpace untuk mencuba pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.
- Muat-Turun Aplikasi MySpace untuk iOS