Cari @ Amanz

Sokongan hashtag telah pun dipopularkan oleh Twitter sehingga hari ini, dan setelah Google+ mengintegrasikan sokongan serupa, kini pihak Facebook turut sama membuat perkara sama pada laman sosial mereka.

Facebook Hashtag

Dengan sokongan ini, ia akan membolehkan para pengguna untuk klik pada sebarang hashtag, dan melihat gambar, video, pautan dan pelbagai kemaskini yang dilakukan pengguna pada laman sosial tersebut. Sokongan ini masih belum diperkenalkan secara menyeluruh, dan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Jadi, mungkinkah selepas ini kita akan melihat hashtag digunakan dengan lebih menyeluruh pada laman sosial tersebut?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd