Yahoo! ID Yang Tidak Aktif Lebih 12 Bulan Akan Mula Dipadam Bermula Julai Ini

Yahoo! ID Yang Tidak Aktif Lebih 12 Bulan Akan Mula Dipadam Bermula Julai Ini

Diterbitkan pada June 13, 2013 oleh .

Yahoo!Dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak nama pengguna dan Yahoo! ID yang boleh diingati dengan mudah, pihak Yahoo! akan mula mengemaskini pangkalan data mereka, dan memadam semua akaun yang tidak aktif lebih setahun.

Dengan ini, ia akan membolehkan pengguna mendapatkan Yahoo! ID yang melambangkan diri mereka, dan tidak lagi perlu menggunakan nama yang pelik dan mengabungkannya dengan angka seperti digunakan ramai orang dengan akaun Yahoo!.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin terus kekal menggunakan akaun Yahoo! mereka, mereka hanya perlu log masuk ke akaun Yahoo! sebelum 15 Julai ini dan mengelakkannya dipadam oleh Yahoo!.


TIPS & ULASAN