Pelajar Malaysia Merupakan Salah Seorang Finalis Google Science Fair 2013

Pelajar Malaysia Merupakan Salah Seorang Finalis Google Science Fair 2013

Diterbitkan pada June 13, 2013 oleh .

Google Science FairGoogle Science Fair merupakan salah satu acara tahunan daripada Google dalam mengalakkan para pelajar seluruh dunia yang berumur antara 13 hingga 18 tahun dalam hadir dengan pelbagai inovasi menarik dalam bidang sains dan teknologi.

Pada minggu ini, pihak Google telah pun mengumumkan sebanyak 90 finalis mengikut negara, dan dari Malaysia adalah Rohaizah Awatif yang kini sedang belajar di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Rohaizah hadir dengan projek beliau yang dipanggil Cassava Green Paper, dimana memfokuskan kepada penghasilan kertas mesra alam dengan mengabungkan kanji ubi kayu dan beberapa yang lain. Melaluinya, ia membolehkan “kertas hijau” yang boleh menyerap bau makanan dihasilkan, sekaligus membuatkan ia berpotensi dan mempunyai nilai yang tinggi dalam industri makanan dan juga kertas.

Pemenang akhir Google Science Fair 2013 ini akan diumumkan pada 23 September kelak. Bagi mereka yang berminat, boleh melihat keseluruhan hasil pelajar di laman rasmi, Google Science Fair.


TIPS & ULASAN