Cari @ Amanz

Pada E3, bersama-sama pengumuman pelbagai permainan yang akan hadir ke Xbox One, salah satu daripadanya adalah Minecraft, yang mana sedia ditawarkan untuk pengguna Xbox 360 buat masa ini.

Minecraft merupakan salah satu permainan popular diseluruh dunia, dimana ia membolehkan para pemain hadir dengan pelbagai jenis binaan menarik melaluinya.

Daripada apa yang dikongsikan, permainan Minecraft ini akan tersedia pada hari pelancaran Xbox One, dan boleh dimuat-turun oleh para pemain. Ia akan membawakan dunia permainan yang lebih luas, disamping pengalaman multiplayer yang baru bersama-sama dengannya. Maklumat lain berkaitan permainan ini untuk Xbox One tidak diketahui lagi buat masa ini.

Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan semestinya adalah ketiadaan tarikh rasmi untuk pelancaran konsol tersebut di Asia, selain turut dikatakan hanya akan hadir sekitar penghujung tahun 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd