Samsung Hadir Dengan Video Baru Memperlihatkan Ketahanan Binaan Galaxy S4

Samsung Hadir Dengan Video Baru Memperlihatkan Ketahanan Binaan Galaxy S4

Diterbitkan pada June 13, 2013 oleh .

Samsung hari ini telah menerbitkan salah satu video baru pada saluran rasmi YouTube mereka, memperlihatkan ketahanan binaan telefon pintar mereka, yang mana melalui pelbagai jenis ujian yang disediakan oleh pihak Samsung.

Daripada video yang dipertontonkan, Galaxy S4 melalui beberapa jenis ujian, daripada ujian hentakan, jatuh dari satu paras, serta ujian rendam dalam air selama beberapa saat, dan juga ujian didalam keadaan suhu yang tinggi.

Seperti biasa, memandangkan video tersebut diterbitkan oleh pihak Samsung sendiri, maka setiap ujian yang diperlihatkan menunjukkan hasil positif dan peranti Galaxy S4 kelihatan seperti mempunyai daya ketahanan yang tinggi berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan ujian ketahanan ini?


TIPS & ULASAN