Cari @ Amanz

Google ChromeDengan pelbagai teknologi web yang disertakan pada pelayar web hari ini, terkini, pihak Google hadir dengan satu lagi projek eksperimental mereka untuk Chrome, dimana salah satu permainan ringkas dan menarik berasaskan pelayar web diperkenalkan, dikenali sebagai CubeSlam.

CubeSlam menggunakan sokongan teknologi WebRTC, membolehkan para pengguna memainkan permainan tersebut dan pada masa yang sama berinteraksi dengan rakan-rakan mereka menggunakan mikrofon dan juga webcam, tanpa perlu memasang sebarang plugin tambahan pada pelayar web mereka.

Seperti biasa, daripada apa yang dilihat, ia hanya boleh dimainkan pada pelayar web Chrome sahaja buat masa ini, sementara pelayar web lain yang masih belum menambah sokongan untuk teknologi ini buat masa ini.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh memainkan permainan ini pada pelayar web mereka, disamping turut memasangnya dalam bentuk Chrome Extension sekiranya ingin memainkannya tanpa talian internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd