Alienware 14 & 17 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Alienware 14 & 17 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada June 13, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka di E3 pada awal minggu ini, pihak Alienware juga hari ini melancarkan secara rasmi komputer riba untuk gaming mereka di pasaran tempatan.

Alienware Di Malaysia

Untuk pasaran tempatan, dua komputer riba diperkenalkan, iaitu Alienware 14 dan juga Alienware 17. Seperti semua sedia maklum, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Haswell yang terbaru, disamping turut dilengkapi dengan kad grafik video NVIDIA GeForce.

Alienware 14, seperti pada namanya, membawakan skrin bersaiz 14.1-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Intel Core i7-4700MQ dengan kelajuan pemprosesan sehingga 2.4Hz, grafik NVIDIA GeForce GTX 765M dengan 2GB GDDR5, memori sehingga 8GB, dan juga ruangan storan 750GB HDD dan 64GB SSD.

Alienware 17 pula dilengkapi dengan cip pemprosesan sama, tetapi di Overclocked sehingga 4.0GHz, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 770M dengan 3GB GDDR5, memori sehingga 16GB, dan juga ruangan storan sehingga 750GB HDD dan 64GB SSD.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh membuat tempahan dan pembelian melalui laman rasmi Alienware, dimana Alienware 14 ditawarkan pada harga bermula RM4999, sementara Alienware 17 pula ditawarkan pada harga bermula RM6999.

Alienware

Ia dikatakan Alienware 18 masih tidak dirancang untuk diperkenalkan untuk pasaran tempatan buat masa ini.


TIPS & ULASAN