Gambar HTC Butterfly S Tertiris Dengan Antaramuka Sense 5

Gambar HTC Butterfly S Tertiris Dengan Antaramuka Sense 5

Diterbitkan pada June 13, 2013 oleh .

HTC sebelum ini telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk pelancaran HTC Butterfly S yang akan diadakan pada minggu hadapan di Taiwan. Dan seperti biasa, beberapa gambar terbaru kini tertiris memperlihatkan gambar peranti berkenaan.

HTC Butterfly S

HTC Butterfly S

Daripada apa yang kelihatan, ia membawakan antaramuka HTC Sense 5, dimana gambar memperlihatkan sokongan Blinkfeed. Selain itu, ia juga dijangka akan menyertakan sokongan BoomSound dan juga kamera UltraPixel bersama-sama dengan peranti tersebut.

Buat masa ini, spesifikasi penuh peranti berkenaan tidak diketahui lagi. Tetapi, ramai membuat spekulasi ia akan hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan panel paparan 1080p.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada minggu hadapan untuk ketahui lebih lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN