Cari @ Amanz

Dengan faktor sekuriti dan keselamatan yang semakin menjadi tumpuan ramai dari hari ke hari, kini Google turut menambah sebuah halaman khas pada Google Accounts, membolehkan para pengguna melihat aktiviti terkini yang dilakukan menggunakan akaun mereka.

Google Aktiviti Terkini

Melalui halaman tersebut, ia membolehkan pengguna melihat dari mana mereka log masuk, dimana bukan sahaja platform, tetapi ia turut memaparkan lokasi ketika akaun anda digunakan. Menggunakan halaman ini juga, pendaftaran masuk melalui sebarang produk Google, termasuk Blogger dan juga YouTube akan disenaraikan, memudahkan pengguna untuk memantaunya. Pengguna juga boleh klik pada butiran dan melihat alamat IP, mahupun versi platform seperti versi pelayar web dan sebagainya.

Bagi mereka yang menggunakan akaun Google, anda boleh menyemak aktiviti anda di halaman Aktiviti Terkini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd